SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430
DAN TAHUN MASEHI 2009
Semoga tahun ini kita dapat merancang azam dan seterusnya berusaha agar kita mencapai matlamat yang dituju. Sebagai makhluk Allah tentunya kita mengharapkan keredhoanNya dan segala kehidupan kita diberkati oleh Allah SWT. Kata orang semakin bertambah umur kita maka bertambah hampir pula kita kepada penghujung kehidupan, iaitu kematian.
Kita telah bertemu kembali bersua muka setelah 28 tahun membawa haluan masing-masing dan tentunya kita amat gembira dan mengucap syukur kerana kita telah dapat dipertemukan. Bukan semua orang mendapat peluang dan suasana yang sedemikian rupa, maka itu kita berharap agar persahabatan antara kita dapat dipertahankan hingga ke akhir hayat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment