Perjumpaan tempoh hari mengimbau kembali kenangan lama semasa kita semua di ADL..
tapi,... tak semua dapat diingat, almaklum sepanjang tempoh 28 tahun tu, macam-macam pengalaman dan liku-liku kehidupan yang kita lalui.
Seperti yang sahabat-sahabat semua sedia maklum, saya sekarang ni kerja dengan gomen, di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Habis belajar, menganggur sekejap (kat 2 tahun gak) dan lepas tu tahun 1986 masuk Bomba dan first posting kat Penang. Dapat bini orang Penang gak.. Anak 2, lelaki 15 tahun & perempuan 5 tahun.
Untuk kali ni, saya postkan gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan saya untuk tatapan sahabat2 semua.. ini je yang dapat jumpa dan yang lain2 tu tah simpan kat mana... ada gak yang dah tak boleh nak scan lagi gambar tu, sebab dah blur..
Saadon Moktar-baris kedua(berdiri) dari belakang no 8. dari kanan dalam gambar tu..
(jangan ketawa!!!- kena buat macam ni.. sebab tak tau nak edit kat gambat tu...)
Gambar-gambar yang ni.. rasanya penghuni bilik B1 yang dimaksudkan oleh saudara Fadhel tu.. gambar kau pun ada kat bawah tu... (masa tu nak join sepam dua kot!!)
OK lah kekawan.. cukup dulu setakat ni.. nanti saya sambung balik dan masukkan gambar family saya plak.. (takut tak cukup nak masukkan dalam blok ni nanti), lagi pun setakat ni belum ada gambar famili yang cantik-cantik untuk dimuatkan... gambar merapu ada la...

Wooii....banyak juge gambar2 lama kat ADL dulu ye. Ni kalu kita kumpul2 nanti boleh buat cetak, buat buku/album. Nanti mintak kawan2 yang ada buat printing tolong buatkan, kita bayarlaa berapa kosnye....
ReplyDeleteAnuarsadri
A'kum Nuar.. Boleh ke masukkan gambar-gambar lain dalam blog ni tanpa perlu buka ruang lain.. (postkan gambar dalam ruangan komen ni @ sambungkan di bawah ruang yang sedia ada tu..) Tolong ajar sikit, aku ni IT kurang mahir.. tekial-kial lagi ni..
ReplyDeleteBagus gak idea Azmil tu untuk asingkan supaya gambar-gambar nastolgia lama dimuatkan dalam laman blog ni dan untuk hal-hal semasa kita layari blog rkaru.. boleh lah difokuskan apa yang hendak dipostkan nanti, x la celaru jadinya.. amacam kawan-kawan yang lain.. ada OK ke.. atau kita pergi karaoke je... he..he..he..
Mana kekawan yang lain ni..., tak kan tengok je, tak mau join ke.. nak tau gak berita-berita terkini dari yang lain-lain tu...
Adonmock, kalu nak upload gambar dalam ruangan comment ni tak boleh, kena guna username dan password jugak.
ReplyDelete