Bas ADL , nak ku ceritakan
Dikala aku di tingkatan 1 , awal pagi aku bangun , kerana yang tidak kurang penting adalah
menunggu bas Sri Jaya sewa khas di depan pintu masuk ADL . Maka kami beramai-ramai
berebut meletakkan & menyusun beg-beg sekolah kami. Siapa yang turun awal , dapatlah meletakkan beg dibahagian hadapan & paling awal menaiki bas & dapat duduk ditempat disukainya.
Tak lama lepas tu , datang lah bas berbumbung rendah dgn pemandu bernama Hamzah tak salah ku.Nasib baik aku agak pendek ketika itu , maka tak lah jadi masaalah jika aku kena berdiri.
Lepas sekolah , berlari lah aku kearah bas berebut-rebut nak naik dulu , nak duduk tepi tingkap.
Tak sempat naik , campaklah beg dulu,kemudian baru naik.Phew....bestnya dapat duduk tepi tingkap.
Dihari Jumaat , berjalan kaki lah kami dari VI ke Masjid Negara dgn beg sekolah.Best nya bila dah tiba di Masjid Negara , sejuk & nyaman , kadang kala terlena.
Selesai sembahyang , berlari lah aku dan kekawan kearah bas , mungkin pelik agaknya bila orang awam lain tengok.Phew , best nya dapat duduk tepi tingkap.
Akhirnya , bertukar bas lagi.Gunakan bas Sekolah Ren. Jln Gurney yang antik itu.
Saban hari , pemandu nya memasang lagu. Aku ingat lagi, lagu River in Babylon dan Brown Girl In The Ring.Aku tak tahu siapa penyanyi nya ketika itu. Bila aku dah berumahtangga , barulah aku tahu penyanyi nya Boney M.
Nanti aku sambung cerita lagi.
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cerita pasal bas pendek ni. yg aku ingat masa nak cuti sekolah,asrama sediakan bas utk balik kampung. aku saje ikut bas hantar kawan-kawan duduk tg karang sampai sabak bernam. yg best tu kat lantai bas ada lubang/pintu kecil .... so aku tak ingat siapa... tapi sebab dah tahan,ada member sudah kencing kat melalui lubang / pintu...
ReplyDeletememang kelakar
Aku yangb tak boleh lupa bila naik bas Sri Jaya. Kena tambang tp saper bagi telur pada driver takpayah bayar tambang....
ReplyDelete