Sekali pandang macam gangstar Bukit Bintang. Tak sangka pulak aku boleh jadi polis. Sebenarnya aku pergi interview minta polis dengan Burit tapi aku sorang je yang dapat. Ntah ler.... dah rezeki aku kot. Lagipun memang cita-cita aku nak jadi security guard sebab aku angin sangat dengan Ajak...... jaga ADL yang pakai seluar bell bottom dan kasut tinggi tu. Tup tup aku jadi polis..... Takpelah..... dulu uniform polis baju & seluar polis sama warna dengan baju jaga ADL. Lepas tu tinggal seluar je yang sama, baju tukar warna biru. At least ada kesamaan dengan uniform Ajak jaga ADL yang aku angin bebenor tu. Hehehe...
Member baik aku masa kat ADL dulu Kamal CD@Americana & Burit. Aku pulak selalu tak ngam dengan Americana, tapi yang peliknya walaupun tak bertegur sapa kami bertiga boleh keluar bersama, makan semeja dan "sherk" sama-sama. Burit la yang jadi orang tengah kami. Tu masa budak-budak sekolah. Fikiran tak matang lagi.
Yang kelakar lagi, dalam tak bertegur sapa pun kami boleh masuk talent time VI masa Form 4. Jadi Juara lagi....!!!! Kumpulan kami diberi nama"The Smokers". Anggota kumpulan kami masa tu aku, Kamal CD, Burit, Acip & Morgan. Masa pertandingan kami semua pakai baju Hawaii.

ini masa inspekter

ini dah jadi ASP

yang nie DSP
Begitulah perjalanan selama 26 tahun dalam PDRM

Tahniah dag kerana dah masuk blog nih. Waa cepat betul, kata tak reti nak masuk he he...ye laa, dsp mestila cepat dan pantas.
ReplyDeleteOK jumpa lagi
Tahniah kerana dah dapat masuk blog nih.
ReplyDeleteNuarSadri