Monday, December 22, 2008

PERTEMUAN ADL OLD BOYS 80 BERSEJARAH





Pertemuan Bersejarah!!


Hanya itu ayat yang dapat diluahkan oleh rakan-rakan yang pernah belajar dan tinggal di Asrama Dr. Latiff, Pesiaran Gurney,K.Lumpur ( pelajar 1976-1980), yang telah terpisah selama 28 tahun dan dapat bertemu kembali pada 20 Disember 2008 ( Sabtu ) yang lalu. Lokasi pertemuan adalah di Restoran Tasik Indah Shah Alam.


Seramai 27 orang rakan ADLOB80 telah dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis yang bersejarah itu. Program bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 7.00 malam. Suasana sungguh meriah dan hingar bingar dengan gelak ketawa, maklum sahajalah sudah lama tidak berjumpa dan paras rupa masing-masing pun telah jauh berubah. Yang lucunya ada beberapa orang rakan sudah tidak kenal dengan rakan yang lain dan apabila sudah kenal kami pun tergelak gila.


Dalam pertemuan itu juga telah dilantik sekretariat untuk mengendalikan hal-hal berkaitan aktiviti dan kebajikan rakan-rakan untuk jangkamasa pendek dan jangka panjang.Adalah diharapkan agar pertemuan ini akan disusuli dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli ADLOB80.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan kita Sdr. Toha Shuheimi yang akan melangsungkan akad nikah pada 21 Disember 2008, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

5 comments:

  1. Dag tanya aku camner nk post comment..... aku pun tak tau camner...... ni main try & error je...

    ReplyDelete
  2. saper2 yg tau camner nk post comment, ajar la DSP tu nak wat camner klu nak post comment. Dia tau tangkap orang je.... Masa blaja kt VI dulu xde subject computer. Kan dh buta IT...ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha!! balajo tinggi-tinggi tak kan nak post comment pun tak tau brader.Hantam saja la labu labi....

    ReplyDelete
  4. Askum, korang kutuk aku ya.sekarang aku dah pandai post komen.TQ diatas daya usaha korang buat reunion, tabik spring pada korang. Aku betul-betul minta maaf tak dpt dtg. Sedih jugak aku tengok gambar korang yang kebanyakannya dah jadi kepala PP (sipitak). Maklumlah semua dah jadi prof.Aku terkilan jugak tak pergi. Tapi syok juga tengok korang. Betul-betul nampak old kecuali dua tiga orang yang masih maintain macam aku. hi hi hi. TQ kepada German, Na CD, Kambing,yang kuat ajak aku dtg pada 20 Dis. Sejak pencen sekolah hanya member berikut aku jumpa, Burit, Jeff, Azmi,Hud, Rahmat,Shahrani, Ichoi, Azmil dan budak vi yg lain bukan dari ADL. Bro, sedih aku tengok ADL menjadi debu dan stadium River Plate kita menjadi semak samun. Apo nak dikato. OK lah minta korang tengok gambar aku yang handsome.Datang Kuching contact aku 019-8883248, Azmi selalu minum kopi dgn aku di waterfront. Kepada yang dah botak tu dinasihatkan layari lamanweb Yu Nam Hair Care bro. Hi hi hi jgn marah ha. Chow Cin Chow dari DAG.

    ReplyDelete
  5. Ala....Dag tu pakai rambut palsu....orang jgn terpedaya. Tak caya cuba tarik rambut dia, mesti botak gak. Korang jgn takut tarik rambut dia, dia tak tangkap punya. Masa jadi prefect kat ADL dulu pun, dia yg tukang supply rokok kat kita orang. Mokhtar Arbain & Siong memang musuh No 1, kaki repot pada arwah Ghani. Nasib baik korang berdua tak dtg aritu, kalau tidak.... aku salam dgn korang. Itu citer lama beb.

    ReplyDelete