Tuesday, December 30, 2008
Diharap ramai lagi kawan-kawan yang akan melayari blog ini dan memberikan cadangan atau apa-apa saja komen untuk menambahbaik lagi blog ini kerana blog ini bukan saja sebagai wadah untuk kita menyingkap kembali kenangan silam, ia juga untuk mempereratkan kembali silaturahim kita yang telah 28 tahun terputus.....
sejarah DAG
Sekali pandang macam gangstar Bukit Bintang. Tak sangka pulak aku boleh jadi polis. Sebenarnya aku pergi interview minta polis dengan Burit tapi aku sorang je yang dapat. Ntah ler.... dah rezeki aku kot. Lagipun memang cita-cita aku nak jadi security guard sebab aku angin sangat dengan Ajak...... jaga ADL yang pakai seluar bell bottom dan kasut tinggi tu. Tup tup aku jadi polis..... Takpelah..... dulu uniform polis baju & seluar polis sama warna dengan baju jaga ADL. Lepas tu tinggal seluar je yang sama, baju tukar warna biru. At least ada kesamaan dengan uniform Ajak jaga ADL yang aku angin bebenor tu. Hehehe...
Member baik aku masa kat ADL dulu Kamal CD@Americana & Burit. Aku pulak selalu tak ngam dengan Americana, tapi yang peliknya walaupun tak bertegur sapa kami bertiga boleh keluar bersama, makan semeja dan "sherk" sama-sama. Burit la yang jadi orang tengah kami. Tu masa budak-budak sekolah. Fikiran tak matang lagi.
Yang kelakar lagi, dalam tak bertegur sapa pun kami boleh masuk talent time VI masa Form 4. Jadi Juara lagi....!!!! Kumpulan kami diberi nama"The Smokers". Anggota kumpulan kami masa tu aku, Kamal CD, Burit, Acip & Morgan. Masa pertandingan kami semua pakai baju Hawaii.

ini masa inspekter

ini dah jadi ASP

yang nie DSP
Begitulah perjalanan selama 26 tahun dalam PDRM
Tuesday, December 23, 2008
Kenangan Mengusik Jiwa....



Ni gambar-gambar lama yang masih dapat dipertahankan, yang lain dah banyak hilang. Masa form 1 dulu kita campur V.I dan StJohn, pakai seluar pendek warna putih dan hijau.Gambar tu diambil pada Sept 1976 bersama Penguasa ADL Allahyarham Cikgu Ghani Yatim.
Gambar atas sekali masa berkelah di P.Dickson pd Oktober 1978, seminggu selepas peperiksaan SRP, seronok betul....lepas tension lah katakan.
Yang tengah tu gambar selepas selesai majlis Malam Perpisahan Tingkatan 3 pada Nov 1978, di bilik A/9...ingat lagi?
Dan gambar kanan atas, kami dari Bilek B/8 : Anuar, Saleh, Saadon, Razali, Harun,Rosli dan Mazlan
PERTEMUAN ADLOB80 KALI KEDUA
Sekali lagi pertemuan antara bekas pelajar Asrama Dr. Latiff, K.Lumpur telah dapat diadakan di Shah Alam. Kali ini kita dapat bertemu dengan Sdr Azmi Dolah, Azmil Ismail, Puat Sulaiman, Khairul Anuar, Ahmad Kadir, Rosli Tohiron , Zainal, Anuar Sadri, serta Sdr Mat Jain ( ATDI).
Mula-mula pertemuan dibuat di perkarangan Mesjid Negeri, tetapi atas permintaan Asmi Dolah lokasi ditukar di Restoran Tasik Indah. Kami pun menempah sebuah meja dan mula bersembang serta bercerita kisah-kisah silam dan kisah terkini.
Sdr Asmi banyak bercerita kisah-kisah nostalgia semasa di ADL dan asam garam serta pahit maung yang telah beliau hadapi sepanjang meniti kehidupan. Kami sempat makan malam bersama dengan masakan ikan siakap kukus dan terima kasih kepada sdr Asmi dan sdrMat Jain yang telah sudi menyelesaikan bilnya. Pertemuan berakhir kira-kira jam 9.00 mlm.
Semoga dapat bertemu lagi.....
Memetik kata-kata sdr Asmi Dolah " Apa yg penting bukan macamana kita sekarang, tapi yg lebih penting macamana keadaan kita semasa hayat kita berakhir kelak "
Dan jadikanlah pertemuan kita pada masa ini dan akan datang atas dasar "PERSAHABATAN ( FRIENDSHIP)" bukan atas dasar yang lain.
Bertemu Kembali Selepas 28 Tahun!


Pertemuan yang sangat mengharukan. Itulah kata-kata yang boleh diluahkan oleh saya dan rakan-rakan semasa belajar disekolah menengah dan yang tinggal di Asrama Dr. Latiff, Kuala Lumpur( 1976 - 1980 ) yang telah dapat bertemu kembali.Pertemuan itu kami adakan pada 20 Disember 2008, di sebuah restoran tepi tasik di Shah Alam.
Bayangkanlah setelah 28 tahun tidak bertemu, iaitu selepas menduduki peperiksaan SPM tahun 1980, kami pelajar-pelajar dari Victoria Institution dan St. John Institution K.Lumpur terus membawa haluan masing-masing. Dan kini dapat bertemu semula dalam suasana dan persekitaran kerjaya yang berbeza...Alhamdulillah syukur.
Memang melucukan apabila ramai antara kami yang sudah tidak kenal rupa kawan-kawan malah ada yang tidak ingat lagi nama, tetapi nama gelaran masih tetap diingati.InsyaAllah pertemuan ini akan disusuli dengan pelbagai aktiviti yang akan diatur oleh skretariat yang telah kami lantik bersama. Kepada rakan-rakan yang membaca blog ini anda boleh lawati blog bekas pelajar Asrama Dr. Latiff di http://adlob80.blogspot.com/
Monday, December 22, 2008
PERTEMUAN ADL OLD BOYS 80 BERSEJARAH


Pertemuan Bersejarah!!
Hanya itu ayat yang dapat diluahkan oleh rakan-rakan yang pernah belajar dan tinggal di Asrama Dr. Latiff, Pesiaran Gurney,K.Lumpur ( pelajar 1976-1980), yang telah terpisah selama 28 tahun dan dapat bertemu kembali pada 20 Disember 2008 ( Sabtu ) yang lalu. Lokasi pertemuan adalah di Restoran Tasik Indah Shah Alam.
Seramai 27 orang rakan ADLOB80 telah dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis yang bersejarah itu. Program bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 7.00 malam. Suasana sungguh meriah dan hingar bingar dengan gelak ketawa, maklum sahajalah sudah lama tidak berjumpa dan paras rupa masing-masing pun telah jauh berubah. Yang lucunya ada beberapa orang rakan sudah tidak kenal dengan rakan yang lain dan apabila sudah kenal kami pun tergelak gila.
Dalam pertemuan itu juga telah dilantik sekretariat untuk mengendalikan hal-hal berkaitan aktiviti dan kebajikan rakan-rakan untuk jangkamasa pendek dan jangka panjang.Adalah diharapkan agar pertemuan ini akan disusuli dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli ADLOB80.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan kita Sdr. Toha Shuheimi yang akan melangsungkan akad nikah pada 21 Disember 2008, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Comments (Atom)







