Thursday, October 15, 2009

Ceramah Motivasi & Kerjaya Oleh ADL80












Asrama Toh Puan Norashikin ( ATPN ) Kg. Pandan,Rabu, 14 Oktober 2009 - ADL80 sekali lagi berjaya mengadakan siri ceramah motivasi dan kerjaya yang diadakan di dewan ATPN, bermula jam 9.00 hingga 11.00 malam.Sahabat-sahabat yang hadir adalah Sdr Harun, Iznan, Azme, Razali, Azmil, Raja Kamarul, Sahar dan Anuar. Ceramah motivasi dan kerjaya telah disampaikan oleh Sdr Harun yang menerangkan berkaitan Jabatan Polis Diraja Malaysia, Sdr Iznan berkaitan undang-undang manakala Sdr Azme berkaitan sektor perniagaan.Majlis tersebut dipengerusikan bersama oleh Sdr Razali dan Cikgu Rahim dari Yayasan Selangor.
Seramai kira-kira 300 orang pelajar tingkatan 1 hingga 5 dari ATDI dan ATPN telah hadir dan gembira menerima kehadiran kami semua. Pegawai Eksekutif ( Penguasa ) ATDI dan ATPN juga turut hadir dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh ADL80.



Monday, June 15, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN ADL'80







Majlis Perjumpaan Dan Makan Malam ADL'80 telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 di Asrama Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Kehadiran sakan-rakan bekas pelajar ADL 1976-80 sangat memuaskan dan menggembirakan semua pihak.


Rakan-rakan telah mula datang dan mendaftar sejak jam 2.00 petang dan menerima baju T.shirt hjau berlambangkan ADL'80 dan seterusnya bergambar beramai-ramai. Acara petang itu dipenuhi dengan permainan bolesepak, bola keranjang dan sukaneka di padang ATDI.


Sembahyang maghrib berjamaah dan tahlil telah diketuai oleh ustaz Hj Syaifuddin Hj Yassin. Seterusnya majlis makan malam dan dituruti dengan pelbagai acara yang mencuit hati rakan-rakan.Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Ibu Hajjah Halimah Karnawi dan Kak Yam.


Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dari pihak pengurusan ATDI khususnya Datin Sabariah Ahmad dan En. Hasandi, semoga jasa baik itu mendapat ganjaran dari Allah SWT.



Sunday, May 24, 2009

Ceramah Motivasi & Kerjaya Di ATDI

Ceramah dari Dr. Sulaiman Hashim
Kehadiran pelajar2 ATDI dan ATPN

Dewan makan ATDI


Pelajar perempuan dari ATPN



Imbas kenangan lama....makan nasi kawah
Sabtu, 23 Mei 09, Asrama Tun Dr. Ismail, Kg.Pandan - Program Ceramah Motivasi dan Kerjaya anjuran bersama ADL'80 dan Yayasan Selangor telah berjaya di adakan di dewan makan ATDI pada jam 9.00 - 11.30 malam. Seramai kira-kira 300 orang pelajar-pelajar tingkatan 1 -4 dari ATDI dan ATPN telah hadir mengikuti program tersebut.
Seramai 12 orang kawan2 kita yang terdiri daripada Razali,Dr. Sulaiman,Rauf, Hud, Azmil, Rosli, Sarani, Toha, Saadon, Nasrudin, Raja Kamarul dan Anuar telah hadir dan memberikan ceramah serta dailog bersama pelajar-pelajar.Suasana sangat ceria dan pelajar-pelajar telah memberikan respon yang sangat baik.
Kami mengucapkan terima kasih kepada En. Hasandi, Eksekutif ( Penguasa ) ATDI serta rakan-rakan beliau kerana memberikan peluang untuk kami mengadakan program berkenaan serta pelawaan untuk makan 'nasi kawah' bersama-sama pelajar. Semoga program yang baik seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang





Sunday, March 29, 2009

Berjumpa Di Giant Kota Damansara

Tn S/usaha sedang memberikan penerangan
menyumbang idea dan cadangan

melayari Forum ADLOB80


melihat kembali gambar2 lama masa di ADL

28 Mac 2009 - Giant Kota Damansara - Mesyuarat dan perjumpaan bekas pelajar Asrama Dr. Latiff K.Lumpur ( 1975-1980 ) atau ADLOB80 telah diadakan pada jam 3.30 petang.Mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan mengenai persediaan Majlis Makan Malam ADLOB80 yang dijangka akan diadakan pada 6 Jun 2009 ( Sabtu ) bertempat di Asrama Tun Dr. Ismail ( ATDI ).

Selain agenda mesyuarat kawan-kawan juga dapat bermesra, bertanya khabar berita dan juga melayari laman web atau Forum ADL80 yang begitu popular di kalangan ahli-ahli pada masa ini. Kepada semua kawan-kawan ADLOB80 yang jauh dan dekat, marilah kita bersama-sama memberikan idea dan kerjasama bagi kita menjayakan apa jua aktiviti yang telah dirancang.

Sesungguhnya penyertaan kawan-kawan semua sangat- sangat bermakna kami hargai. Kami juga mengharapkan komitmen kawan-kawan untuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar Yayasan Selangor dalam bentuk ceramah motivasi atau apa sahaja sumbangan yang ingin kawan-kawan sumbangkan. Semua pertanyaan atau cadangan bolehlah dimajukan kepada Setiausaha atau mana-mana AJK yang mudah dihubungi.

Monday, March 9, 2009

Mesyuarat AJK ADLOB80



Shah Alam ,7 Mac 2009 - Mesyuarat AJK ADLOB80 telah diadakan di Restoran Tasik Indah, Shah Alam pada jam 4.00 ptg. Selain AJK ramai lagi kawan-kawan yang telah dapat hadir pada perjumpaan kali ini. Tujuan perjumpan ini adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2009.

Persetujuan telah dicapai untuk kita mengadakan majlis perjumpaan ADLOB80 di Asrama Tun Dr. Ismail ( ATDI ) Kg. Pandan.K.Lumpur pada 6 Jun 2009. Berbagai acara menarik dijangka akan dapat diadakan seperti sukan persahabatan, majlis tahlil dan acara makan malam. Diharap semua AJK yang telah dilantik dapat menyempurnakan tugas masing-masing dan adalah diharapkan juga semua warga ADLOB80 dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti2 yang akan kita laksanakan.

Tuesday, March 3, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa

1979 padang hoki belakang ADL
1979 - sebelah bilik D 16 ADL

Gambar kenangan ADLOB80, walaupun kita telah bertemu semula
setelah 28 tahun terpisah, namun masih ada kawan2 yang masih
belum dapat dikesan, semoga mereka dapat
kita temui semula.


Sunday, February 15, 2009

SMK Victoria dikenali semula sbg Victoria Institution

WARISAN KEBANGSAAN... Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kiri) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique (kanan) menunjukkan Watikah Warisan Kebangsaan selepas mengisytiharkannya pada majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution) hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara Datuk Prof Emeritus Zuraina Majid (kiri).